BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS


Get your own Digital Clock

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

PLEASE SIGN IN...

Saturday, August 7, 2010

Tips Jawab soalan Matematik

Ok hari ini cikgu nak bagi tips tentang cara nak jawab soalan matematik PMR. Cikgu juga akan muat naik soalan SBP (Sekolah Berasrama Penuh) dan Ujian Penilaian Prestasi dengan syarat sila hantar email kepada cikgu...


Masa yang perlu diambil untuk menjawab soalan kertas 1 PMR yang mengandungi 40 soalan kesemuanya adalah 75 minit sahaja ( 1 jam 15 minit). Jika dibahagikan dengan bilangan soalan, maka masa yang patut diluangkan untuk setiap soalan hanyalah 1 minit 52.5 saat (hampir 2 minit). Oleh itu janganlah kita membazirkan masa melebihi 2 minit untuk setiap soalan. Sekiranya tidak dapat menyelesaikan satu-satu soalan dalam jangkamasa tersebut silalah beralih ke soalan berikutnya kerana ada di antara soalan-soalan lain yang kita mampu jawab dalam beberapa saat sahaja dengan bantuan kalkulator. Berdasarkan itu kita akan dapat menjimatkan lebih masa untuk kembali kepada soalan yang telah kita tinggalkan tadi.